Di dalam blog ini saya akan menulis beberapa perkara tentang pengalaman saya, pemerhatian atau apa jua yang saya rasa sesuai untuk dikongsi bersama. Saya sekadar meluahkan beberapa perkara yang terbuku di hati saya. Bukan berniat untuk menyakiti hati sesiapa, sekadar menyatakan isi hati. Kadang-kala tulisan dapat memberi kelegaan kepada seseorang. Mungkin kata-kata tidak mampu terkeluar dari mulut kita, namun menulis dapat menyampaikan maksud dan hasrat hati.
Ya, saya juga seperti manusia biasa , melalui hari-hari mendatang tanpa mengetahui apakah kesudahan hidup saya. Namun saya juga telah menempuh pelbagai perkara sama ada menarik, gembira , bahagia, sedih atau terluka. Bak kata pepatah melayu Hidup mesti diterus, andai malam ini adalah malam kelam, namun esok matahari pasti menyinar jua. Jadi teruslah membaca tulisan saya ini

No comments:
Post a Comment