Tuesday, March 2, 2010

Perjalanan

Perjalanan itu terlalu panjang,
Penuh akar dan onak,
Menghalangi pergerakan
dan langkah,

Kadang kecekapan langkah
Menghambat rasa terpinggir jauh,
Jadilah ruang itu kosong
Hanya dihiasi mimpi yang damai,

Andai rasa kembali bertamu,
Mampukah kaki melangkah pergi,
Kerana hati terpuruk di situ.

Tika hati menggamit sayang,
Kuinginkan perjalanan syahdu,
Membina Rahmat di balik Ehsan,
Kerana ku tahu kasihNya sentiasa benar…

Friday, February 19, 2010

Aku menangis lagi...

Aku menangis lagi
Merenung kisah
Mengulangi impian
Tapi tandus dengan kemarau,
Lantas membakar resah di hati,
Bara panas membekas di sanubari

Gelombang sentiasa sama,
Membawa di suatu perairan
Dengan arus mengalir kencang,
Tewas aku dengan gelombang

Tersentak lagi,
Takdir kenapa begini,
Haruskah aku mempercayainya,
Ruang rindu membawa harapan,
Namun penuh dengan tangisan,

Andai ku jumpa taman dahulu,
Ingin ku kutip bunga2 yang layu,
Ingin ku bajai benih harapan,
Untuk aku temui kebahagiaan….