Monday, March 16, 2009

Aku dan dia... Kasih tidak bertepi

Suatu hari
Halilintar bertamu
Bumi bagai terbelah
Pokok-pokok bergoyangan
Tumbang menyembah bumi

Aku terlempar jauh
Ke satu dasar
Yang amat sempit,
Ku kira itu kuburan ku,
Ke kiri aku terhimpit
Ke kanan badan ku sakit
Aku kaku lemah tidak bermaya
Nafas semakin sesak,
Jiwa semakin kosong,

Kucuba mengangkat badan berkali2
Semuanya terlalu sukar
Aku gagal
Kenapa?
Kenapa begini
Sesak di dada ku,
Airmata ku mengalir hangat
Membasahi pipiku

Seluruh badanku tidak bermaya
Sakit tidak tertanggung,
Biarpun beribu steroid menghalangi
Namun aku masih begitu,
Bersama air mata mengharungi kesakitan

Kusangka
Hanya fizikal menderita
Namun emosiku
Digugat juga
Aku dilanda kesepian,
Kesunyian,
Di mana teman di mana saudara
Kenapa aku ditinggal begini

Namun kasihNya yang maha Esa
Aku diberi kekuatan yang luar biasa,
Anakku pendorongku
Aku gagahi ke lalui jua
4 minggu berlalu jua

Ya Allah!
Aku sudah mampu berdiri,
Aku kini bisa berjalan,
Aku sudah mampu segalanya,
Biar tidak sehebat dahulu,
Namun aku yakin,
Bila masa berlalu
Aku akan lebih hebat dari dahulu,

Ku tarik nafasku perlahan2
Sambil hati berlagu
Irama asyik,
Sambil menyebut namaMu tuhan,
Bibirku merdu menyata berkali
Syukur Alhamdulillah

Kala ini aku tersenyum,
Kerana aku insan terpilih,
Ujian Allah selalu bermakna
Kerana Dia ingin memberi,
Lebih dari yang lain
Kerana kasih sayangNya
Tidak pernah menjauhi,
Biarpun aku sering terlupa