Thursday, January 10, 2019

Selamat hari Jadi

Ya Allah terlalu lama aku meninggalkan blog ini sepi. Hari ini aku diberi peluang untuk hidup di dunia ini dengan pertambahan usia yang semakin ke penghujungnya. Alhamdulillah. pelbagai onak dan duri yang ku lalui sepanjang tempoh ini sehingga aku lupa banyak perkara. Pun kesakitan kesakitan yang aku lalui adalah asbab untuk aku mengenali siapa aku dan siapa penciptaku, dan seharusnya aku mengucap syukur kepada Allah atas limpah kurniaNya kepada aku selama ini.

Aku bukan lagi anak kecil, juga bukan lagi ramaja yang tercari cari identiti diri. Kini aku hanya seorang wanita yang sedang meniti usia-usia yang semakin penghujung. Aku tidak minta banyak dalam hidupku sekarang, cukuplah agar Allah menyayangiku dan melindungi aku daripada perkara-perkara menjerumuskan aku ke arah yang tidak sepatutnya. Biarlah aku menyendiri muhasabah diri memohon ampun akan segala dosa-dosaku yang lampau. Dalam hati sering bertanya, apakah Allah mengampunkan dosa-dosaku kerana aku tahu saat aku ke penghujung semakin menghampiri. Tiada lagi merasa seronok untuk menikmati juadah itu dan ini kerana kelak badan akan memberi tanda-tanda penolakan, dan aku terpaksa melayani kesakitan dan demi kesakitan.

Alhamdulillah ya Allah, hari ini hari lahirku, peliharalah diri ini selamanya.

Amin.




No comments: