Thursday, June 27, 2013

Kalian




Pernahkah kalian terfikir
Bahawa dalam hati
Ada rindu yang membara
Kadang membawa resah di hati
Memukul benak rasa
Perit dan kesakitan

Tapi aku
Hanyalah seorang insan,
Punya ikatan,
Punya hak yang perlu dilaksanakan
Tika diri menyambut
Suatu pengiktirafan
Sebagai teman di sisi dia

Kalian adalah ikatan
Bersendikan darah yang mengalir
Dari jiwa yang sama
Santapan dan belaian yang sinonim
Kehujung kehidupan
Bernasabkan yang sama

Namun
Sedarkah kalian
Kesilapan adalah satu  kekangan
Yang memusnahkan satu perhubungan
Yang akhirnya
berakhir dengan penyesalan
hati-hati semakin menjauh
Entah kapan
Akan bertaut kembali...

Tika ini
Aku tetap mendoakan
Agar kalian sentiasa
Di bawah rahmatNya dan KasihNya.


No comments: