Saturday, August 8, 2009

Merdekakah kita

Merdekakah kita
Bila kita menyanyikan
lagu tanggal 31 Ogos 1957
Sambil melaung
Merdeka, merdeka, merdeka
Sedangkan anak-anak kita
Masih terbelenggu dengan penjajahan budaya
Malam keramat menjadi tercemar
Dengan adegan yang mengaibkan

Merdekah kita
Bila anak-anak kita tidak tahu mengeja
Membaca tetapi tidak memahami
Bercerita tetapi tidak tahu apa temanya
Salah siapa?
Guru atau sistem pendidikan

Merdekakah kita
Bila anak-anak kita
Enggan berusaha
Tika di sekolah guru bertungkus lumus
Sedangkan mereka tidak kisah
akan masa depan mereka
Di mana harga diri mereka
Bila sahsiah diri
Ditinggalkan di belakang

Merdekakah kita
Jika mereka ini menjadi tonggak negara
Benteng pertahanan watan
Melaung kata-kata patrotisme
Sedang diri mereka entah di mana


1 comment:

The Clown said...

Luahan hati seorang guru.

Guru umpama lilin, kata orang tua-tua. Tetapi guru juga adalah manusia biasa yang mempunyai perasaan dan harga diri.

Selama mana guru boleh bersabar, adalah penentu kualiti pendidikan yang sebenarnya.

Selamat Hari Guru!